Want your
own Fotopage?














 
Khairul Kamal

By: Khairul Kamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Jun-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
The end

Sempena hari jadi aku yang ke 27 ni, aku dengan rasminya takmo main fotopages2 nih lagi dah. Penatlah. Budak2 skang main blog dah.

ok bye2.

Care to comment?


Sunday, 26-Apr-2009 11:27 Email | Share | | Bookmark
sea sky sunset





Citernye macam ni, masa aku tengah tengok citer Bride Wars aku ternampak la awan cantik through tingkap bilik aku ni. Aku pon terus keluar rumah lepak kat tepi laut. Sempat la cuci mata tengok kapel India kissing2. Wakakaka! Sini mana ada pencegah maksiat. Open je. Bawah pokok, tepi tandas awam (serius dowh!) semua derang on. Owh yer, di Suva takde pantai langsung. Haaa, balik kepada cerita Bride Wars tadi, all wedding photographers is highly recommended to watch this movie. Memang lawa giler lah gambar dia. Sendiri tengoklah yer. Korang yang bukan wedding photographer pon leh tengok gak.

Mmmmm... Weekend yang bosan, aku sakit tekak, mata merah, mungkin demam, asyik menang je main Need For Speed Undercover, masak & makan sampai muntah dan juga basuh pakaian. Weekend korang mesti best kan? Lagipon dah gaji.

p/s: aku rasa takut lak bila weekend. haihhh...

Kamal


hot giler video ni



Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....kita guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 30-Apr-2009 02:27
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Add comment


Monday, 20-Apr-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
pegi tengok kolam udang











Lokasi: Navua, Fiji Islands
Jam: 11.00 am - 1.00 pm
Cuaca tak berapa bagus la hari ni. Aku pon tak tau nak cerita apa pasal trip ni sebab aku follow Samad jer. On the way balik kitorang singgah kat Wainadoi (sebut 'Wainandoi'). Insya-Allah aku tulis cerita pasal Wainadoi 1 hari nanti. Excited lak nak try sling tu.

p/s: dah lama tak makan sambal udang

Kamal

Zahin new video




Tq B doa zahin ikut muka sy . Tp zahin nakal mcm B suke menyakat org wat muka slumber lak tu Wed 22-Apr-2009 05:50
Posted by:reen reen.desa@yaoo.com
Kenapa? Kalo ikut muka bapak nnti x hensem ke.. hihihihihi
Wed 22-Apr-2009 08:58
Posted by:Ngah baik
Reen: sama-sama . Baby boy mestilah nakal

Ngah: Along doakan semoga baby ko lagi comel nanti
Wed 22-Apr-2009 09:15
Posted by:Khairul Kamal  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Friday, 10-Apr-2009 07:28 Email | Share | | Bookmark
hujan(sejuk)+duduk rumah je=weekend



ini namanya gambar mengada-ngada.

bosan nak mampos la oiiii...
asal cuti je hujan...
asal hujan je cuti...
haihhh...
nak layan DVD sampai dah muak dah...
asyik cerita omputih, hindustan, omputih, hindustan...
nak jugak tengok cerita-cerita Melayu...
kalaulah aku ada kereta di Fiji... kan best...
kalaulah Reen ade disisi aku sekarang ni... kan best...
kalaulah dapat dukung, peluk, cium dan bermain-main dengan Zahin sekarang ni... kan best...
kalaulah dapat makan sambal ikan bilis petai masakan Mak aku sekarang ni... kan best...
kalaulah dapat belajar amik gambar... kan best...
hai la nasib...

hari ni Fiji cuti sempena Good Friday atau sambutan Easter. Nak tau ape kebenda sambutan Easter nih klik kat sini. Masa hari Khamis staff aku belanja makan kek sebab nak sambut Easter. Staff aku memang suka makan kek. Dan juga KFC. Hari-hari derang leh makan kek. Kalau aku dapat gaji je mesti kena pow suh beli kek. Kek sini ade bubuh rum tu pasal la sedap.

Aku kebosanan hari ni. Tengahari tadi aku keluar pegi sembahyang Jumaat. Tak ramai orang pon kat masjid. Kemudian dengan perut lapar aku naik teksi ke town. Semua kedai tutup. Lepas withdraw duit kat ATM terjumpa lak awek hot yang pakai kereta idaman kerja satu building ngan aku depan KFC. And for the first time ever dia tegur aku. Masa tengah-tengah hujan la nak beramah mesra. Dah la aku tak bawak payung. Selalu terserempak dalam lift takde lak nak bercakap apa2. Ceh! (Yer, B memang saja nak bagi Sayang cuak. Kah kah kah ). Lepas hai hai bye bye dengan awek hot tu aku ke McD (sebab McD halal). Takeaway burger and amik teksi balik rumah sebab hujan. So, itu sahajalah aktiviti mencabar aku pada cuti di hari Jumaat ini.

Uih? ingat nak tulis pendek jer sebab bosan tapi bosan-bosan pon panjang jugak nih.

p/s:- cadangnye aku nak buat benda ni nak bagi korang jeles. so, ampunkan segala salah silap aku selama ni yer?!


Kamal




Care to comment?


Saturday, 21-Mar-2009 01:38 Email | Share | | Bookmark
1 year ago




Gambar nikah oleh Abang Hafiz.
















Gambar oleh Shafiq Akmal dan dibantu oleh Faizal Rahim. He's highly recommended to all lah...!!

2008 is one of the best year for me. Tahun 2008, 3 kali aku balik Malaysia dengan urusan yang amat penting. 1. Kahwin, 2. Raya, 3. Zahin lahir. See, 1 tahun aku cover semua sekali. Tahun nih duk diam-diam je lah. Hahahaha! Skang aku nak cerita kisah pada tarikh yang sama tahun lepas. Tapi tahun lepas 21 Mac jatuh pada hari Jumaat. Tahun nih hari Sabtu lak. And tahun lepas hari ni hujan, tahun nih panas! Global warming barangkali. Sekarang nih semuanya global. Kalau salah pon, salah global jugak. Kesian kat kau global.

Tanggal 21 Mac 2008 selepas Asar berakhirlah hidup aku sebagai lelaki bujang yang digilai dan menjadi rebutan oleh gadis-gadis kinky diluar sana. I'm sorry gals. No heart feelings okay? Pada hari itu aku telah selamat dinikahkan kepada Zaharin binti Desa oleh Ustaz Ramlang bin Porigi (nama macam familiarkan? Ustaz yang jadi saksi sumpah laknat Saiful Bukhari tu lah..) di Masjid Wilayah Persekutan, Jalan Duta, Kuala Lumpur (yeah! aku memang berlagak sikit nak nikah kat KL jer ) dengan sekali lafaz sahaja. Gementar, gemuruh, nak terkucil, nak terberak, nak lari patah balik, nak nangis, nak menjerit, nak melompat semua complete lah masa tu. Tapi aku dengan machonyer memberi salam masuk ke dewan nikah sambil diperhatikan oleh ahli keluarga dan tetamu yang hadir dan terus duduk diatas bantal empuk depan tok kadi. Owh yer, aku datang lambat masa tuh. Wakakakaka!! Haihhh... Kelakar seram sungguh hari tu. Adik aku buat kelakar masa tengah jam kat Jalan Tun Razak. Mana lah tak lambat. Orang suh masuk Jalan Istana dia boleh straight lak. Ayah aku lak drive macam jalan-jalan tepi pantai jer masa tuh. Aku lak jadi driver keta Mak aku. Pengantin kena jadi driver?? Tapi ape-ape pon B tetap datang Sayang . Selepas majlis tamat hujan turun selebat-lebatnya. Masa majlis bersanding pon hujan jugak. Tu lah leh dapat Zahin. Hahahaha!

Pada awalnya aku nak buat slideshow siap dengan lagu kahwin kitorang tapi bila cari-cari gambar ade berapa keping jer. Dah plan baik punye siap cari software slideshow last2 gambar nikah semua ada pada Reen sekarang (di Malaysia). Padan muka aku tak buat copy awal-awal walaupon telah disuruh buat oleh isteri tersayang berkali-berkali. Bila nak update fotopages menggagau carik gambar. Huhuhuhu. Takpelah, nak buat macam mana. Janji ade gambar. Tunggu 2nd Anniversary lah plak. Hopefully masa tu dapat celerate bersama kan Sayang? Diam tak diam dah setahun rupanya. Dah anak sorang pon. Lepas ni boleh celebrate Father's Day. Yahoo! Cepatnye masa berlalu. Dan sedar tak sedar juga tak lama lagi aku akan meninggalkan Fiji plak. Yahoo lagi!! Eh? eh? Terkeluar topik plak. Hahahaha!!

Happy weekend everybody.
HAPPY ANNIVERSARY SAYANG. I LOVE YOU SO MUCH!

p/s: my previous wedding entry can be view here.

B




happy anniversary to you dan isteri
Cool betul korang sanggup bergambar dalam hujan!

FYMSO Photography
http://blog.fymso.com
http://fymso.com
Sat 28-Mar-2009 23:15
Posted by:farah yusri  - [Link]
kena paksa oleh aku ngan sapex untuk main hujan.. huhu.. tahniah bro.. korang memang sporting Mon 6-Apr-2009 04:28
Posted by:peijan
Farah: thanks!

Peijan: thanks! no problem lah, aku mmg cayer kat korang!
Wed 8-Apr-2009 11:03
Posted by:Khairul Kamal  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 1-Mar-2009 00:50 Email | Share | | Bookmark
untitled




CAK! . Lama betul tak update fotopages nih sejak aku balik dari Malaysia. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan March. Tapi aku rasa macam semalam je aku baru pegang Zahin. Sebenarnyer takde cerita sangat tapi gambar memang banyak. Hehehe. Sekarang nih aku tengah kumpul gambar-gambar di Fiji. Ye lah, dah nak 3 tahun aku duk sini. Lepas ni kalau kena balik Malaysia at least ade lah kenangan untuk di bawa pulang (cewah ayat!). Lagipon inilah kali pertama aku ke oversea dan hidup di negara orang. So, memang betul-betul banyaaaaaaaaaaaaaaaak kenangan. Tak sabar rasanya nak tunggu Reen & Zahin datang Fiji. Ayah nak wat photoshoot lah. Zahin posing comey2 nanti yer. (rindunyerrrrr... ). Aku cadang nanti dah balik Malaysia nak buat macam coffee table gambar2 aku di Fiji ni. Murah pon murah. Senang je nak buat tu. Tapi kalau nak kira mahal ke murah, pada aku memories is priceless. Lagipon dalam hidup kita nih tak mungkin ade perkara yang sama akan berlaku 2 kali melainkan Kak Malini yang pergi New York sampai 2 kali. Bertuahnya badan. Owh, itu cerita lain. Hehehe. Berbalik kepada memories is priceless tadi, tu la sebab kenapa aku suka amik gambar.

Dis time aku kuar gi 'hunting' sama Pak Taufiq. Pak Taufiq beli kamera baruuuu. Hehehehe. Welcome to the club Pak Taufiq! Tapi sungguh tidak adil kerana camera Pak Taufiq ade live view. So boleh amik gambar low angle and high angle without looking through eye viewfinder. Aaarrggghh!! (yes I know Sayang, takde nak beli2 kamera lagi dah... tapi nak beli wide lense boleh kan? ). Sebenarnya aku tak berani nak keluar malam sambil bawak kamera nih. Kalau keluar beli makanan tu berani lah. Tapi sebab tak pernah ade gambar waktu malam di Fiji so kuar lah jugak. Lagipon bukan kuar sorang-sorang. Pak Taufiq ade silat. Ape nak takut .

Ade gak yang tanya mana gambar Zahin? Asyik amik gambar anak orang jer. Ok, jawapannya ialah aku pon tengah tunggu gambar Zahin. Video ade lah. Tapi aku tak upload kat internet. For personal view only. Tunggulah bulan June nanti sampai muak tengok gambar Zahin jer. And untuk pengetahuan semua, Reen & Zahin berada di KL sekarang. Aku plak berada di Fiji atas kepentingan perkhidmatan negara. I guess .

Owh lupa lak, ni aku nak bagitau sikit pasal banner Tri-D Travel kt bawah ni. Tri-D Travel nih belong to my wife and her BFF (Best Friend Forever). Aku tak kerja kat situ. Aku kerja di Fiji (sekarang). Aku cuma menggunakan kemudahan internet yang sedia ada untuk promote their company. Currently, their based in Kg. Baru, Kuala Lumpur. Bangunan berhadapan dengan Masjid Kg. Baru. Sebelah klinik ape tah nama dia aku pon tak ingat. So, kalau korang nak travel to domestic or international boleh lah refer to them. Dan aku juga tak dapat ape-ape share in their company. Macam aku cakap tadi, AKU CUMA TOLONG jer. Lagipon aku tolong isteri aku sendiri. So, checkout their website for promotion and affordable hajj/umrah, honeymoon or group package.

p/s: thanks to Taufiq Shariff cos ajar aku camne nak wat banner kat bawah ni clickable. Nanti ajar buat kolaj plak boley? Ngeh ngeh ngeh...

Kamal



ha3... nanti g NY gi lah beli... murah jer! Tue 17-Mar-2009 07:09
Posted by:mamairina  - [Link]
giler amik gambo kwn aku sorang nih skang, haha. Mal, dak Aman nak kawin lagi seminggu. Fri 20-Mar-2009 05:50
Posted by:anoor
Mamairina: AMINNNNNN...

anoor: mak aih! aku ade dengar citer abang dia putus tunang ehh?? sorry, aku tak dapat attend wedding Aman wpon rumah Aman ngan rumah aku kat PD tu merangkak pon boleh sampai... Aiseh, bosan lak aku asyik tak dapat attend wedding kawan2 nih...
Fri 20-Mar-2009 06:41
Posted by:Khairul Kamal  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 13-Jan-2009 09:50 Email | Share | | Bookmark
Nabilah dah chubby!


















dis time it's Nabilah 2nd Birthday Celebration. Anak dara Samad yang sorang nih dah besar dah. Besar maknanya ialah sikit lagi nak sama dengan saiz abang dia si Faris. Pada hari itu Faris kelihatan tidak langsung membuli Nabilah. Tak tau la pulak bila aku dah balik Nabilah kena buli. Ape2 pon nanti Uncle nak pinjam game Spiderman Faris yer . Terima kasih kepada tuan tanah kerana sudi jemput saya. Maaf tiada hadiah kerana Uncle dah cari sampai 3 hari tapi tak tau nak beli ape. Lagipon masa Uncle cari hadiah Nabilah Uncle lupa umur Nabilah. Hehehehe . Tapi bila Nabilah belajar kat Oxford nanti (kopaklah Samad), Nabilah tengoklah balik gambar2 kat sini (lama nak mampos tunggu). Gambar masa Uncle ngan Nabilah bosan2 kat Fiji. Masa tu mesti Nabilah nangis hentak2 kaki sebab Uncle takde dah nak amik gambar Nabilah.

And skang bila aku pikir2 balik, aku rasa aku akan missed my son 1st birthday (sorry Zahin ). Dah la tak dapat tengok anak membesar depan mata. Haihhh... And my 1st wedding anniversary too (sorry Sayang).


p/s: Fotopages dikatakan ada kaitan dengan Israel. Cmne tu? So Sayang, do i need to close down my fp? Satu dunia tahu internet ni diasaskan oleh Yahudi/US/Pentagon. Abis tu jangan main internet langsung lah? Camne nak boikot nih? Setakat nak boikot jangan makan McD je takde effect ape2 langsung pon kat Yahudi.


Kamal



bro, u tak 'burn out' ke duduk suva? tak kangen dgn reen & yr son? Thu 29-Jan-2009 19:38
Posted by:mamairina  - [Link]
Peijan: woi! woi! woi! muahahahaha!
mamairina : tu soalan cepu emas tu
Thu 29-Jan-2009 21:27
Posted by:Kamal  - [Link]
kamallllll Fri 6-Feb-2009 04:36
Posted by:sapexoxo  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 9-Jan-2009 20:31 Email | Share | | Bookmark
Rasa bangga lak x-D

Pagi ni aku check e-mail and I received this :-

Quote:

You've been sent a Flickr Mail from Emma J. Williams:

------------------------------------------------------------

:: Schmap Sydney Sixth Edition: Photo Inclusion


Hi Khairul Kamal,

I am delighted to let you know that your submitted photo
has been selected for inclusion in the newly released sixth
edition of our Schmap Sydney Guide:

Sydney Airport
http://www.schmap.com/sydney/shopping_publictransport/p=330717/i=330717_33.jpg

If you use an iPhone or iPod touch, then this same link
will take you directly to your photo in the iPhone version
of our guide. On a desktop computer, you can still see
exactly how your photo is displayed and credited in the
iPhone version of our guide at:

Sydney Airport
http://www.schmap.com/?m=iphone#uid=sydney&sid=shopping_publictransport&p=330717&i=330717_33

Finally, if you have a blog, you might also like to check
out the customizable widgetized version of our Schmap
Sydney Guide, complete with your published photo:

http://www.schmap.com/guidewidgets/p=8087354N02/c=SJ50012722

Thanks so much for letting us include your photo - please
enjoy the guide!

Best regards,

Emma Williams,
Managing Editor, Schmap Guides
www.schmap.me/emma.williams





Keh keh keh . Gambar biasa-biasa je. Tapi janji terpilih. Ini yang buat aku makin semangat nak amik gambar sesuka hati di merata2 tempat. Skang nih pon aku dah start bawak kamera ke hulu ke hilir. Waktu lunch time je tak bawak. Lepas nih nak bawak lah. Untuk makluman, ini bukan peraduan atau pertandingan. Maybe ramai kat luar sana ade gambar lagi hebat & dah terpilih banyak kali. Tapi aku tetap bangga . Bangga tak korang kawan ngan aku? Hahahaha! Lagipon cara dia approach and mintak izin macam best jer. Kalau nak tau sapa Emma Williams sila click sini. Dia bukan skandal aku di Sydney okay! . Fyi, gambar ni diambil masa aku balik bercuti ke Malaysia dengan Reen bulan Oktober itu hari.

Ok skang nak sambung buat situp sambil tengok game ulangan MU. Azam tahun nih nak dapatkan saiz idaman dan boleh pakai singlet jalan2 kat town Suva tayang sixpack . Muahahahahaha!

Kamal di Fiji, bukan di Sydney..



wahhh..Congrat2..tak sia2 bawak beg gedabak tu ke sana ke sini... Sun 11-Jan-2009 10:19
Posted by:lina fiji einn110@yahoo.com  - [Link]
yeah.. sememangnya gempak! hihihi.. caiyo2!

errr.. 6pax? gud luck..
Mon 12-Jan-2009 06:25
Posted by:Jac
Add comment


Wednesday, 7-Jan-2009 22:06 Email | Share | | Bookmark
Kamal Baru :P



Selamat Tahun Baru 1430H and Happy 2009 Year to all

I have a great New Year celebration in Malaysia iaitu berjaga malam jaga Zahin. I'm still looking something 'new' to put here and at the same time try to manage my time back. Bizi ape tah aku nih (Actually want to recover my sleep laaa). Fyi, aku dah balik Fiji balik on 3rd January 2009 after very looong holiday in Malaysia. At this time rindu banget sama Umie & Zahin. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana apa yang aku hajati dan rancang di tahun 2008 tercapai. Siap dpt 'bonus' (Zahin+APC) lagi... Alhamdulillah.... Dats mean I have to get 'more' this year. Kita tengoklah macam mana nanti yer. Samada rancangan aku nak pergi bercuti di Australia/New Zealand tercapai atau tidak? Nak cuti balik Malaysia sekali lagi dapat atau tidak? Dan macam-macam plan lagi yang insya-Allah akan diupdate dari semasa ke semasa di fotopages nih.

Ok nak siapkan filing and berambus dari Fiji secepat mungkin. Chow!

Kamal Baru



Congrats kreen n en kamal....
Wendu r kat kreen n k ina....
Comey nya bb Zahin...
Aritu din jan mai habaq pasal bb Zahin da kuaq...
Slalu gak dia mai umah Ika.

Take care eh k reen....

En kamal, i add ur fp kat fav eh..tqvm...(mintak permission..hehe)
Thu 8-Jan-2009 04:28
Posted by:Ficka Ismail  - [Link]
welcome back to work daddy! kang pegang fail pon cam pegang zahin! Thu 8-Jan-2009 07:05
Posted by:aphis
Ika : sila sila, add add... hehehe
Aphis : tu ayat provoke je. mls masih menguasai diri
Fri 9-Jan-2009 20:51
Posted by:Kamal  - [Link]
Add comment


Tuesday, 16-Dec-2008 17:40 Email | Share | | Bookmark
Aidiladha 1429H













mulanya nak amik gambar korban tapi pagi raya tu hujan plak. frust tak dapat amik gambar lembu kena sembelih. pagi tu aku lambat gi masjid sampai terlupa nak bawak kamera. mak aku bising2 nak amik gambar dengan Zahin masa raya so layankan jer.

p/s: minum kopi pon xleh blah bila nak berjaga malam.



reen dah bulat..hehhehee.. Thu 25-Dec-2008 08:08
Posted by:che sue
bila balik Mon 5-Jan-2009 04:18
Posted by:udeyismail  - [Link]
Cek de sam : mekasih...
Che sue: Chesue pon dah bulat juga... adakah Chesue baru lps bersalin
Udey: aku balik Fiji 2 Januari itu hari. Sorry tak sempat nak chat/calling2. Mmg bz gile kena jaga mak baby ngan baby. Ape projek 2009? kenapalah korang bukak offer junior bila aku kat Fiji? tapi kalau aku kat Msia pon belom tentu dpt lagi. Ekekekeke..
Mon 5-Jan-2009 08:19
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.