Want your
own Fotopage?






 
Khairul Kamal

By: Khairul Kamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 4-Dec-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
Khairul Zahin by Khairul Kamal








FAQ about Khairul Zahin:-

1. What is your name?
Khairul Zahin bin Khairul Kamal

2. Weight?
2.9kg

3. Gender?
Male

4. Date of Birth?
29 November 2008 at 7.24am

5. Hospital?
Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju

6. Bersalin normal @ operate?
Reen bersalin normal

So, ini lah serba sedikit biodata berkenaan anak lelaki aku. Yeps! ANAK LELAKI AKU. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan salah satu nikmatNya yang tidak terhingga ini. Aku dan Reen memang rasa seronok sangat2. Seriously memang aku excited and at the same time takut jugak. Kitorang masih tak percaya lagi Zahin hadir dalam hidup kitorang . Skang nih too many things to do and aku penat nak menjawab satu persatu di YM, Facebook Friendster. Lagipon aku cuti sebulan jer. Masa yang terlalu pendek untuk bersama anak dan isteri yang masih dalam pantang. Maaf kerana tak dapat layan msg2 di YM. Aku mmg sibuk waktu pagi. Ptg plak nak rehat utk standby berjaga malam. Lagipon aku masih lagi penat travel dari Fiji. Alaarr, lagipon selama ni kita bkn chatting hari2 pon. Janganlah nak ngada2 kecik hati plak. Poyo jer. Hari2 aku hanya chat dgn wife aku and Azli x pernah bising poonnn....

Ok, sekarang ni aku berada di Malaysia. Aku cuti sampai hujung bulan. Pada sesiapa sudi meluangkan masa untuk berjumpa aku silalah call +60163897298 @ +60123607295 . Kita lepak minum2 and sembang2 sambil catchup all the good old times. Ade orang cakap aku sombong tak bgitau bila balik Msia. Pada aku itu ayat mcm pundek jer. Bila aku balik Msia orang bkn nak jumpa pon. Masih nak bertanya kabar di YM. Kelakar lah korang nih. Tapi takpelah. Kalau 'sudi' nak jumpa, aku pon sudi nak jumpa. Ramai yang kenal aku percaya aku dah banyak berubah. So, there must be a lot of thing to catch up back kan? Kalau itu yg korang pikir lah. Tapi kalau korang pikir minyak dah mahal, traffic jam, tol lagi, x payah lah dtg jumpa aku. Aku pon tak nak menyusahkan orang. And jangan risaulah psl sapa belanja sapa. Kalau jumpa kat bus stop pon aku ok lah. Tapi malangnya ramai tak baca fotopages aku nih. Ramai yang more to Facebook @ Friednster yang betul2 wasting time tuh . Suka hati koranglahhhhhhhhhhhhhhh.....

Ok nak sambung jaga Zahin. Thanks for all the wishes kat YM, Facebook and Friendster. Zahin love his aunties and uncles more if aunties & uncles bwk present. Muahahahaha!!


p/s:- aku maybe tak balik Port Dickson cuti ni. Tapi rindu kat PD. Aku stay kat KL jer. Ape2hal calling k.

Ayah Zahin,
Kamal
+60163897298
+60123607295



Yana, congrat le, sooner nak jd mummy . For kamal, dah x de istilah "one nite stand", skang ni "standing still every nite" hua..hua..hua...rasakan kau ! Korang doakan la pulak aku dapat baby boy pas ni.aku lak yang exited nengok korang dapat baby baru..Anyway, congrat to all of you! .Sok2 kite nengok sape besan ngan sape Muah.. Mon 15-Dec-2008 04:53
Posted by:aphis
Apiz: pada aku "every nite is 1st nite" (gile mengantuk hari2) Tue 16-Dec-2008 00:17
Posted by:Kamal  - [Link]
Weh, ko makan akar tongkat ali ke @ darah pak ali mane ko sedut? Sian kat reen. Anyway, aku wish ko selamat 'berpuasa'..har..har..har.. Tue 16-Dec-2008 02:21
Posted by:aphis
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 11-Nov-2008 07:16 Email | Share | | Bookmark
Mini Olympic 2008


ucapan perasmian oleh new Chinese Ambassador to Fiji


antara kontinjen-kontinjen yang terlibat dlm pelbagai acara hari tu


Jone excited nak pecahkan rekod terpantas thn lps dlm acara lari dlm guni


beberapa saat sebelum kain makcik nih terlondeh..


awekcun yg kejap2 lalu dpn aku, kejap2 lalu dpn aku


"relax.. relax... isap okok dulu...''


barisan atlet


kita excercise dulu..


wassup! wassup!


gembira walaupon kalah semua acara


"mmm... xde nasi lemak pon?"


"dukung kite leh tak?"


anak sapa lar nih??







cerita ni dah basi sebenarnyer tapi disebabkan nak update fotopages punye pasal aku cerita lah jugak kat korang. masa 1 November 2008 bersamaan dengan hari Sabtu itu hari ade Mini Olympic di Suva. Takde lah grand mana pon. Dia macam acara sukan-sukan sekolah gitu. Acara ni menjadi salah satu acara wajib setiap tahun (mcmlah banyak acara yg kitorang join ). Hari tu merupakan hari yang tak berapa best pada aku sebab langit mendung dan kelabu sekelabunya. Asal weekend jer dia mendung lar, hujan lar, ribut taufan lar kat Fiji nih. Bila hari biasa terang benderang. Langit biru mcm kena edit ngan photoshop. Pelik tul. Tapi nak marah sapa kan. Kang kena panah petir lak. Antara yang terlibat dalam Mini Olympic ni ialah Kementerian Luar Negeri Fiji, Kedutaan-Kedutaan Asing di Suva dan Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Suva. Tahun nih Chinese Embassy co-host with MFA Fiji. Next year plak Pacific Island Forum yang host. Selamat kitorang tak kena. Hua hua hua hua. Kalau tak mampos nak handle benda2 macam nih. Dah lah bajet takde! (Wisma Putra kedekut tapi nak nama Malaysia terkenal di luar negeri... pooodaahh!! )

Hari tu local staff aku happy giler lah. Aku malas nak masuk acara apa2. Tapi geram gak tengok derang berlari ke hulu ke hilir . Seronok jer. Gambar sekadar ala kadar. Banyak sangatlah gambar. Muntah nak tgk.

And terima kasih kepada yang singgah kat fotopages aku ni. Baru-baru nih aku tengok statistic fotopages aku naik sampai 900 viewers. Terperanjat gak aku. Ape-ape pon layan jer lah ape yang ada kat sini. Aku masih takde mood lagi nak amik gambar pemandangan kat sini. Menyampah nak jawab bila org local tanya, "where are you from?". Mesra ada makna tu. Hehehehehe

Ape-ape pon syabas diucapkan kepada Chinese Embassy kerana berjaya menganjurkan acara seperti ini dalam suasana yg kelam kabut. Lenkali pasanglah muzik kuat2. Takde lah org bosan sangat hari tu. Tu pon nak ajar. Jangan nak official sangat laaaaaaaaaaaaaaaaaa. (nasib baik derang x fhm ape aku tulis nih)

p/s: tak sabar tunggu next year. tak tahan woi duk jauh2 dengan isteri nih. Hari2 risau .



wey... jgn tulis cmtu... malu aku...
ape2 pon thanks
Tue 25-Nov-2008 03:37
Posted by:Kamal  - [Link]
ni sume berkat usaha komot yg gigih nangkap gambo che sue n pjot dulu tiap kali outing danau kota ngan menggunakan nokia komot..ada guna gak kan? kan? sooo bila nk byr royalti kat kitaorg para model ni?? Sun 30-Nov-2008 07:40
Posted by:che sue suekln79@yahoo.com  - [Link]
xmo bls komen Chesue... Sun 30-Nov-2008 19:59
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 1-Nov-2008 09:10 Email | Share | | Bookmark
skodeng








Ape citer nih? ramai sangat lak awek cun2 nih. Nantikan di skrin komputer anda... AKAN DATANG!!



runtuh langit kalo komot masak...hik hik hik...
dia saja takmo tunjuk skil..kang org soh dia wat show masak kat tv lak..takmo glemer katanyer
Mon 10-Nov-2008 12:15
Posted by:che sue suekln79@yahoo.com  - [Link]
wey wey wey...
org suh komen gambar laaa...
bkn citer psl msk kt sini...
cait!!
Mon 10-Nov-2008 19:48
Posted by:Kamal  - [Link]
komot udah angry..komot udah angry..mari kita geletek perut dia beramai-ramai..hahahaaaaaa..... Mon 10-Nov-2008 23:26
Posted by:lina einn110@yahoo.com  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 27-Oct-2008 11:04 Email | Share | | Bookmark
Kuala Lumpur








tak banyak gambar sebaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaabb... hari2 hujan . Spoil mood tul. Asal keluar rumah je hujan. Asal hujan jer aku keluar rumah. Gambar2 ni amik dari dalam kereta jer . Tak sempat nak gi jalan2. Banyaaaaaaaaaaaaaakk gambar yang aku tak amik. Especially masa open house kitorang . Lagipon aku tak sempat charge bateri kamera. Reminder pada yang selalu travel oversea... SILA SENTIASA BAWA MULTIPURPOSE ADAPTER / PLUG...

Enjoy the 'must' view in KL. Rain+traffic+building+hot!! . At last dapat jugak aku letak gambar2 di Malaysia kat sini .

Quote:
Apa yang seronoknya bila ada anak? Ini lah salah satu darinya… bila kita balik dari opis… mereka akan menyambut kepulangan kita. Tapi bila anak anak berada jauh di perantauan akau kita yang merantau, memang memerlukan kecekalan hati. Aku memang tak sanggup nak berjauhan dengan mereka. Aku tabik spring la pada yang sanggup berjauhan dengan anak dan isteri kerana ketabahan dan kecekalan diorang menempuh liku liku kehidupan. Ucapan aku pada mereka yang sedang bekerja dan berjauhan dengan anak dan isteri, harap tabah menjalaninya, apa yang korang buat adalah utk masa depan mereka gak…. time time ni la nak kene pakai facebook ker, web cam ker… ataupun blog .

Azral Ramlay
Dublin



Aku copy paste ayat di atas dari azralramlay.com . Bak kata Nabil Raja Lawak, "Lu pikirlah sendiri"

p/s: to Pijot & Lee... I C U when I C U in December... Chesue namo join ka?



Komot slumber jer...
kite mkn Famos Amos ehh Pijot...
jgn luper tauuuu...
(smbil jeling kat Chesue )
Thu 30-Oct-2008 11:39
Posted by:Komot  - [Link]
thanks kamal.. album ok? Thu 30-Oct-2008 13:14
Posted by:peijan slumber_ghost@yahoo.com  - [Link]
album kahwin aku cun Peijan...
rasa mcm nak buat lagi 4-5 album...
Thu 30-Oct-2008 20:24
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 25-Oct-2008 11:14 Email | Share | | Bookmark
cuti cuti Malaysia








Aku cuti balik Malaysia pada 8 - 17 Oktober itu hari. Alhamdulillah cuti aku diluluskan pada saat-saat akhir walaupon aku pon dapat balik sekejap jer. Seperti aku tulis sebelum nih, jutaan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Malaysia dan kepada sesiapa yang terlibat dalam urusan cuti aku. Terima kasih!!!!! (gaya Alleycats). Tujuan aku dan Reen balik Malaysia kali nih sebab nak hantar Reen balik bersalin. Untuk makluman, Reen akan bersalin pada Disember nih, insya-Allah. Harap korang semua dapat doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat yer. Amin.. Bukanlah perubatan di Fiji nih tak ok tapi disebabkan ini anak pertama kitorang, so kitorang prefer baby dilahirkan di Malaysia. Aku sampai skang tak percaya akan jadi bapak. Aku nih penakut budak. Nabilah (anak Samad) tu dekat setahun baru aku berani dukung dia. Inikan plak kalau nak jaga baby baru lahir. Macam mana lah nanti yer. Kalau besar Faris tu leh lar aku wat dia nangis slalu . So, lepas sesi "brainstorming" dengan Reen kitorang pon cuba nasib apply cuti balik Malaysia. Dan skang nih Reen di Malaysia dan aku di Fiji.

pada 8hb pagi kitorang bertolak dari Nausori Airport ke Nadi International Airport. Kedua-dua airport nih di Fiji. Nausori Airport nih berdekatan dengan Suva (tempat aku tinggal, makan, minum, tido & keje skang) manakala Nadi International Airport terletak di Nadi lah. Memang kena naik 2 flight untuk "keluar" dari Fiji nih. Tu sebab lah tiket flight di sini mahal sekali dong! Masa aku mula-mula sampai dulu Nausori Airport still ada penerbangan antarabangsa tapi sejak rampasan kuasa oleh tentera pada Disember 2006 dah takde international flight lagi dah. Kalau international flight semua kena naik kat Nadi. Kan menyusahkan orang tu nak kena naik 2 flight lak . Kat sini merasalah naik kapal terbang turboprop. Eh?! kapal terbang tu takde turbo. Dia kapal terbang yang kipas dua tu. Kat Malaysia pon still ade kapal terbang nih. Samad takut naik turboprop tu. Aku? Aku pon takut gak .











Selepas dah selamat keluar dari Fiji kitorang transit di Sydney Airport. Kalau dari Fiji ke Malaysia memang takde direct flight. Kena transit samada di Australia, New Zealand atau Korea. Pada aku Sydney Airport nih tak best. Dah bape kali aku datang airport nih tapi tak habis2 dengan renovation lagi. Takkan lah mat saleh pon keje lembab macam orang hitam kot? Aku tak suka airport nih sebab takde ruang fresh air. Lepas tu tak boleh keluar dari airport lak tuh kalau takde visa. Dulu aku 'tersadai' kat aiport nih sampai 2 hari. Takde visa lak tuh. So, pada sapa2 yang nak travel / transit di Australia jangan lupa apply visa. Diorang nih paranoid sikit dengan Asian. And sekarang nih kalau nama2 yang ada macam Muslim akan kena 'randomly selected'. Aku kena itu hari. Pergi balik kena. Bila dah kena macam tu aku just cakap, "What did I do wrong now?" (sambil buat muka blur+bengis ). Korang jangan takut sangatlah dengan mat saleh nih. Derang pon baghal sebenarnyer. Kitorang transit 3 jam di Sydney Airport. Masa kat Sydney Airport kitorang lepak Malaysia Airlines Golden Lounge. Business Class lah katakan. Alhamdulillah. Tapi ade satu masalah lagi. Dekat transfer desk takde orang langsung. Kan aku dah cakap mat saleh pon baghal jugak. Cuti balik Malaysia kali nih aku memang makan tak berenti dalam flight. Dari Nadi sampai lah ke Malaysia asyik maaaaaaaakan jer dalam flight.

Ok cerita terpaksa stop sampai sini sebab... sebab... sebab... sebab... bateri kamera aku dah abis masa dalam flight MAS. Hahaha! Padan muka aku tak dapat amik gambar pramugari. Dah pasang niat dari dulu lagi mesti amik gambar pramugari. Frust tul lar. Haihhh...

p/s: owh yer, masa kitorang balik tu, hari tu birthday Reen. Kira dapat balik Malaysia as birthday gift lar yer Sayang .



ape psl engko x transit ke korea. leh aku pesan hero korea 5,6 org. gagagag Wed 3-Dec-2008 03:57
Posted by:anoor
ape psl engko x transit ke korea. leh aku pesan hero korea 5,6 org. gagagag Wed 3-Dec-2008 03:57
Posted by:anoor
uih kedai mkn tu nama FENDI tuuu Wed 3-Dec-2008 04:00
Posted by:anoor
Add comment


Monday, 20-Oct-2008 09:11 Email | Share | | Bookmark
takde mood sangat..






picture special for Acik Reen..

Aku baru je balik dari Malaysia. Sampai di Fiji Sabtu malam Ahad. Syukur apa yang dirancangkan oleh Reen dan aku berjalan dengan lancar dan selamat. Fobia aku kat Sydney Airport pon dah kurang. Mungkin ada orang suka Sydney Airport tapi aku tak suka. Aku pernah tersadai di Sydney Airport selama 2 hari. Terus aku tak percaya pada mat saleh lepas tu. Aku cuma suka derang tengah sale kereta remote control Ferrari skang. Mintak2 ada lagi sampai tahun depan. Akan dipertimbangkan untuk dibuat sebagai koleksi nanti .

Cuti yang pendek tapi rasa macam lama tapi kadang2 rasa macam pendek. Ape aku nih?? Cuti balik Malaysia kali nih macam-macam benda aku dapat buat. Jalan Masjid India tu aku pegi lebih dari 3 kali. Hehehehe. Skang nih aku rindu sangat kat Reen. Rumah nih terasa sangat (100x) sunyi. Tapi nak buat macam mana. Dah ini yang kami berdua rancangkan. Ini juga untuk kebaikkan semua orang. Sekarang Reen berada di Malaysia. Sihat dan selamat. Alhamdulillah. Jumpa Disember nanti k Sayang . Tapi kadang2 aku pikir betul ke keputusan aku untuk hidup berjauhan dengan Reen nih? Sampai bila plak nak hidup macam ni? Ade sahabat menasihatkan jangan dipikirkan sangat. Tapi... Tapi... Tapi... Hmmmmmmm..... . Lagipon baru beberapa hari kami berjauhan semula. Berbalik kepada soalan tadi. Sampai bile nak macam ni? Haihhhh… Ape-ape pon gambar akan menyusul. Tapi aku tak amik gambar KLCC. Padahal berapa kali lalu KLCC. Isk!

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyediakan penerbangan yang amat selesa kepada ibu mengandung dan juga saya walaupon semuanya last minute. Suka sangat buat kelakar seram. Ini yang membuatkan aku tak syiok nak posting ke tempat lain plak nih. Ape2 pon terima kasih banyak2 sekali lagi.

Gambar di atas diambil masa open house kat rumah Samad. Sebelum aku balik bercuti di Malaysia. Inilah anak dara En. Samad kita. Beliau mempunyai pelbagai bakat terpendam. Jangan sesekali terpedaya dengan rupanya yang so sweet itu . Aku upload 2 gambar tu sebab nak menunjukkan kenapa gambar perlu diedit. Aku suka edit gambar. Aku tak lar terror pasal gambar tapi itu lah hasil editing aku. Aku pon bukan nyer terror edit. Ni main tekan2 jer . Ape-ape pon masing2 punya taste. Aku minat Photography. Aaaaaaaaaapa saja berkaitan dengan Photography. Aku baca pasal Photography dekat 2 tahun and sampai satu tahap meluat asyik tengok gambar orang jer. So in April 2008 aku decide beli DSLR terus. But untill now I feel I don't know much about Photography.

Banyak benda akan diupdate di sini. Terima kasih kerana singgah. Maaf tak jamu air

p/s: Ayah aku ade lense Nikon. Balik bulan 12 nanti aku nak rembat! . Skang sedang layan citer Anak Mami di TV9.

Yang Sepi,
Kamal



alahai manisnyaaaa anak mamaaaaa...hihihi....

Sun 26-Oct-2008 02:29
Posted by:lina einn110@yahoo.com  - [Link]
cantik.sila berusaha lagi
(wakil Adinang. haha)
Wed 29-Oct-2008 03:53
Posted by:hidddududadadodo  - [Link]
maceh! maceh!
rasanya xleh edit kat laptop nih la...
bile tgk gmbar kat komputer lain mcm s**t jer...
Wed 29-Oct-2008 06:32
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 3-Oct-2008 10:48 Email | Share | | Bookmark
1 Syawal 1429H / 1 October 2008


preparing..


rendang and nasi himpit


cooking, cooking, cooking...


our 'instant' kuih raya


chef Kamal in the kitchen!!!


modern pelita buluh..


Reen and birthday girl... erk? girl?


Samad with his lemang...


the lemangssssss!!!!!!

Sebenarnya aku tulis panjang lebar untuk entry kali ni. Tapi aku tersalah tekan button lak. Tekan back pon tak boleh appear balik ape yang aku taip tu. Malas nak taip panjang2 balik.

Gambar kat atas nih preparation pada malam raya. Kitorang pon excited gak sambut raya kat sini. Sapa datang Fiji kena belajar buat lemang skang. Hehehehe. And I put a new link in my fotopages to share with you all. Its a Persatuan Peguam Syarie Malaysia link. Web nih memang bagus. Orang kata sharing is caring. Enjoy browsing.



hahahha...tak smpat nak mlontong2 ni.. ..kita pakai yg instant ajrrrrr...diwali nanti nak pulun main bunga api lakkk...lps geram sbb masa raya hari tu tak dapat main....opssss..faris yg nak main,kita tolong pegangkan ajer..heheheheh Wed 15-Oct-2008 09:01
Posted by:lina einn110@yahoo.com  - [Link]
weh mal a balik PD lom. bwk reen gak kan.leh kenal2. hehe. ko balik lama kan? wei ayoi jemput dia kawen 25hb ni Thu 16-Oct-2008 03:25
Posted by:anoor
anoor : aku dah balik Fiji lik lar.. Ayoi kahwin dgn sapa? kim salam kat dia.. tak sempat jumpa sapa2 pon cuti itu hari.. sorry ehh.. Fri 17-Oct-2008 23:27
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 26-Sep-2008 00:21 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya!!!




Raya dah nak dekat dah nih. Tahun nih takde persiapan apa2 pon. Cuma weekend nak gi amik serai sikit kat Residence. Reen kata dia nak buat rendang di pagi raya yang mulia nanti. Rumah aku takda laman/tanah lapang, so kenalah rembat sikit kat residence tuh . Tahun nih jugak merupakan tahun yang pertama aku raikan hari raya Aidilfitri sebagai suami. Cewah cewah cewah . Alhamdulillah Reen ada bersama2 tahun nih sambut hari raya dengan aku kat Fiji. Kalau tidak tak tau lah ape plan aku raya tahun nih. Mungkin makan, tido, tengok tv, main internet. Hehehehe.

Kat Malaysia sure meriah. Malaslah aku nak cerita apa2. Sebab aku pon bukan di Malaysia. Cuma aku harap keluarga aku beraya lah macam keluarga orang lain. Takde bertekak-tekak pagi raya. Elok jer salam cium tangan semua selepas sembahyang raya, bila malam jadi tunggang terbalik plak. Gila babi frust cenggitu. Aku ada pengalaman buruk time raya. And sejak tu aku dah tak suka raya dah. Minta maaf korang kena baca nih. Ini boleh jadi pengajaran untuk korang jugak. Jangan gado-gado macam orang bangang k? Aku akan balik cuti selepas raya nanti. 8hb nih insya-Allah. Sapa-sapa nak datang beraya di rumah silalah inform awal2. Kuih-muih Reen dah order siap2 dah. Aku cuti pon pendek jer. Sampai 17hb Oktober. So, silalah berkunjung ke Setiawangsa untuk menyambut hari raya anda bersama Kamal! . Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Tahun nih takde gambar raya lah. Gambar kat atas tu amik masa sambut National Day kat Fiji. Tu sebab pakai baju melayu warna hitam. Ingat aku bengong ke nk pakai baju raya kaler hitam? Bila pikir-pikir balik rasa tak puas hati tul! Baju melayu aku plak semua dah tak muat. Hehehehe. Insya-Allah tahun depan nak amik gambar raya lawa2. Lagipon En. Fairus dah bagi tripod dah. Muahahaha!

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Aku juga ingin mohon ampun dan maaf sekiranya ade terkasar bahasa di fotopages nih atau kat mana2 kita bersembang. Ape-ape pon yang buruk itu datang dari aku dan yang baik itu datang dari Allah. Semoga Aidilfitri tahun nih disambut dengan meriah bersama keluarga tersayang. Kitorang di Fiji yang jauh dari keluarga ini akan pastikan org Fiji kenal apa dia meriam buluh. Dun worry k!

p/s: Samad! mana tempat jual kabaid?

Maaf Zahir & Batin,
Kamal & Reen



Selamat Hari Ghayo Lyn...
Wisma tak buek open house ko tahun nih??
Mon 29-Sep-2008 23:24
Posted by:Kamal  - [Link]
selamat hari raya aidilfitri utk kamal & reen...maaf zahir dan batin... Fri 3-Oct-2008 20:03
Posted by:cek de sam  - [Link]
Selamat Hari Raya Kak Sitiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
whhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeeeeeeee......
Sat 4-Oct-2008 09:36
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 20-Sep-2008 20:42 Email | Share | | Bookmark
Puasa, Weekend & En. Fairus



















*who say Canon & Nikon cannot be friend

Hari Sabtu di Fiji di dalam bulan Ramadhan memang betul-betul menduga keimanan............................... En. Fairus. Keh keh keh . He will leave Fiji "for good" on 25 September 2008 nih. Kata dia lah. Kalau dia ade kat sini bulan Oktober nanti kita buat entry lain plak k. Hehehehe.

Pagi semalam dapat Yahoo Messengger message dari En. Fairus. "Amacam projek? jadi ke tak ni?". Ade lah plan nak ke Nadi sekali lagi. Aku tengok Samad pon online. Lepas aku tanya and bincang-bincang dengan Reen kitorang decide tak nak pergi. Lagipon bulan depan aku pegi Nadi lagi. Nak jalan-jalan time bulan puasa nih macam takde feel lah. Dah lah aku asyik teringat McFlurry jer sejak 2-3 hari nih. Lepas reply YM En. Fairus aku keluar pusing-pusing town and shopping sikit dengan Reen. Suka Reen dapat periuk kukus dia. Happy Birthday Sayang . Tengahari En. Fairus call, "Kat mana?", aku jawab, "On the way ke Superfresh. Nak pakai kereta ke?". En. Fairus ckp, "Semua tak jadi pegi Nadi, saya nak keluar amik gambar nanti. Ape-apehal calling2 yer". Aku jawab, "Ok, nanti saya pikir dulu nak pergi amik gambar kat mana".

Bukanlah kitorang nih terror amik gambar tapi nak belajar jadi terror amik gambar. Beli kamera mahal-mahal tapi simpan dalam beg buat ape kan? (Alasan nak cover kena marah dengan Reen nih ). Aku sampai rumah dalam pukul 1 lebih. Perut lapar sampai berbunyi-bunyi. Dengan penatnyer lagi. Maklumlah, puasa penuh setakat nih. Bulan puasa nih aku makan sekali sehari jer. Jangan main-main. Semangat nak turunkan berat badan nih. Sahur minum air Nescafe ngan air suam jer. Kadang-kadang nak jugak makan nasi tapi aku takut sakit perut nanti. Lepas puasa nanti tak tahu lah macam mana. Mesti lagi kurus

Sambil browse internet aku amik hp. Baru nak taip sms, ade 1 sms masuk. En. Fairus yang sms. Aku pikir dulu sebelum reply. Bukan pikir nak kelentong ape tapi pikir nak pergi mana. Aku pon memang nak keluar usha2 tempat and sekitar town untuk projek next year. Insya-Allah. Ape2hal aku mesti upload kat sini punya lah. Korang follow jer semuanya kat sini. (Macamlah ramai orang baca fotopages aku nih ). Aku call En. Fairus and cakap kat dia datang umah dulu. Masa tu dia kat Holiday Inn. Dekat jer lah rupanya. Dalam kepala masih pikir lagi nak pergi mana nih. Pusing-pusing jerlah dulu. Cuaca pulak berawan jer. Pagi tadi cerah+panas. Mood dah kureng sikit dah. Ingat nak tidor jer. Layan Om Shanti Om pon best gak. Giler best cerita tu. Heroin comel nak mampos. Haihhh...

Pusing-pusing town dengan En. Fairus sambil nyanyi lagu Om Shanti Om yang aku tak berapa hafal. Korang tengok tau cerita tuh. Kat sini dvd murah2. Tapi janganlah kirim kat aku. Malas lah nak beli. Hahahaha! Mula-mula amik gambar kat Government Buildings. Dah habis amik gambar aku ajak En. Fairus pergi Fiji Musuem. Muzium nih dekat jer dengan rumah aku. Tapi ni la 1st time aku pergi. Kitorang pusing-pusing kat taman muzium nih dulu. Nak cari port 'menembak'. Port memang dah cun dah. Model untuk didera lak takde . Lepas dah habis pusing taman masuk dalam muzium. Kena bayar 7.00 Fiji Dollar untuk dewasa dan 5.00 Fiji Dollar untuk student. Kitorang bayar 5.00 Fiji Dollar jer (kalau korang percaya gak tak tau lah nak cakap ape).

Macam-macam sejarah Fiji ada dalam nih. Sayang lak aku tak bawak buku. Kalau tak boleh catit-catit and cerita kat korang kat sini. Nak pergi balik muzium tu malas lak. Sejarah dia tak banyak beza dengan sejarah kita. Adakah tok nenek kita datang Fiji dulu? Atau adakah tok nenek kita datang dari Fiji? Kuang kuang kuang. Ape2pon yang aku tau akulah orang Port Dickson yang pertama sampai ke Fiji. Kombang buntut den nih hah!!

Ok lah. Sampai sini jerk. Nak gi mandi and siap2. Nak gi ROC Market plak. Reen dah tempah baju baby 1 set kat mat saleh kat situ. Dia kait sendiri. Tak tau lah ade ke idak baju tuh. Mintak-mintak adalah. Nanti aku cerita pasal ROC Market plak. Kalau semua aku cerita abislah modal nanti . Boboitttt...

Owh, kepada peminat2 Samad gambar dia takde kali ni. Sibuk buat kuih raya. Bisnes, bisnes, bisnes... HAHAHAHA!

Kamal



mamalicious : rajin2lah browse gambar Samad di Maklumat Asas Kakitangan Wisma Putra... Mon 22-Sep-2008 02:39
Posted by:Kamal  - [Link]
Gua dah selamat sampai kat Malaysia.. huhuhuh, Rindu pulak kat FIJI..
gua mlm nie nak gi buka puasa kat One Utama, tak tahu lah Nak mkn ape, kalau Kat FIJI dah tentu 88 heheh
pastu nak pergi menembak kat sana, dgr cerita Deco dia org CUN.. hhe
MAMAL,,(blik KL telepon gua) kita gi menembak.. Reen pun boleh ikut
Fri 26-Sep-2008 03:33
Posted by:fairus mohd_fairus@leblanc.com.my
set ajer...
best tu dpt balik Msia...
Sean Kingston nak dtg umah raya nih...
tak jadi lah Samad buat lemang...
Fri 26-Sep-2008 07:02
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 1-Sep-2008 03:08 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan 1429H




gambar diatas tiada kena mengena dgn cerita

last weekend (Sabtu) Reen pening2 kepala lagi. Kali nih takde lah teruk sgt. Kejadian berlaku di pasar dengan bau yg busuk+panas serta keadaan penuh sesak. Please to remind bukan aku yang nak pergi pasar. Reen yang nak pergi (smbil tunjuk2 kat Reen )

Sekarang dia dah ok. Selepas berehat dia ok. Alhamdulillah. Pagi tu pon kitorang keluar kejap je. Rasanya tak sampai 15minit kat pasar. Aku yang sihat nih pon tak selesa kat pasar tu inikan plak ibu mengandung. So, lepas nih schedule pergi pasar akan diubah ke waktu yang lebih sesuai.

On Sunday plak kitorang ke Pacific Harbour. Ibu mengandung sudah amat2 ok masa ini. Aku ajak Samad+family & En. Fairus sekali. Aku tau derang pon menunggu panggilan "apa projek" jer tuh. Agaknya masing tengah layan stim pekena ketam kot. Setelah semuanya on kitorang pon terus ke Pacific Harbour. Sebenarnyer Reen yang nak tengok macam mana Pacific Harbour tuh. Dari nak pegi tengok boleh 'ter'shopping plak. Amboi amboi amboi.

Dikesempatan ini saya dan Reen ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada ahli keluarga dan saudara mara di Malaysia. Dah dapat sms kan? . Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang berada di seluruh dunia dan juga yang mengenali diri saya ini. Kitorang di Fiji puasa 2 September. Ni baru lepas balik lunch kat luar .

tak sabar nak photoshoot raya nih,
Kamal




bape kali tukar gambar2 tuh...
adiah? lense ke?
Tue 16-Sep-2008 20:39
Posted by:Kamal  - [Link]
cantik la editing gmbr kat atas... Mon 22-Sep-2008 12:47
Posted by:Sani Rahman  - [Link]
wahhh...
thanks Abg Sani...
idola mai sini... bestnyer....
Fri 26-Sep-2008 08:18
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 8 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.