Want your
own Fotopage?






 
Khairul Kamal

By: Khairul Kamal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 19-Aug-2008 02:53 Email | Share | | Bookmark
makan2, hari sabtu dan hibiscus







Sabtu lepas ada majlis makan anjuran tuan punya fotopages di teratak buruknya. Saja2 je buat. Bukan bertujuan untuk mendera Reen apatah lagi nak test masakan dia. Hehehehe. Tapi hari tu Reen mendapat pujian ramai setelah masing2 diupah dengan 1dollar seorang . Mula2 plan nak buat minum petang tapi diawalkan ke makan tengahari. Agak kelam kabut sedikit sampai tak sempat nak mandi tapi seronok. At least ade lar sumthing nak dibuat during weekend.

Pagi sabtu tu macam biasa bawak Reen pegi shopping. Bukan di shopping complex yer tapi di pasar . Alhamdulillah nafsu shopping Reen semakin hari semakin suram di sini. Memang boleh duduk lama kat sini nih. Kan kan kan?








Sabtu lepas juga start 2008 Hibiscus Festival dekat rumah aku. Jalan kaki tak sampai 100 langkah dah sampai dah. Dekat ajer. Tak payah susah2 pegi Gold Coast kat Australia tuh. Konsert dia memekak jer tiap2 malam. Memang bila start je Hibiscus aku tak tidur lena tapi tetap boleh berdengkur. Nasib baik Hibiscus tahun nih seminggu lebih jer. Hibiscus Festival nih banyak mengingatkan aku pada Pesta PD suatu ketika dahulu . Dalam erti kata lain, rugi korang tak datang. Buwek!

Sekian.

mari belajar berenang woi!,
Kamal



mmg sedap pon reen masak... ..tenkiu2 for d'makan2...bukan selalu dapat mkn sedap kat umah kamal.. ..nanti kalau reen balik sure kamal menderita... Wed 20-Aug-2008 00:11
Posted by:lina einn110@yahoo.com  - [Link]
kamal, ksalam kat bro deen kat kedai daging tu ek...... beraper sekilo paru skrg? dulu 40cent jer Fri 29-Aug-2008 09:57
Posted by:suzi
Salam ramdhan utk Kaml & Reen.... Sun 31-Aug-2008 12:59
Posted by:cek de sam  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 15-Aug-2008 02:32 Email | Share | | Bookmark
trip to Mana Island - Part 2

























SAMBUNGAN... (entry paling panjang tak penah aku buat)

Actually plan nak ke pulau ni dah lama dah. Dari tahun lepas lagi . Tapi masa tu bajet amatlah ciput and masing2 takut naik bot (Samad sorang jer ). Aku plak dengan nak balik Malaysia+nak kahwin so kenalah simpan duit. Hehehehe. Lepas dah pegi pulau ni rasa macam dah lengkap posting kat Fiji. Cewah! Plan ke Island diteruskan bila wife aku datang Fiji. Mmg plan nak bawak dia ke pulau pon. Tapi ini bukan honeymoon kami. Ini bercuti jer. Insya-Allah nanti kita pegi New Zealand ye Sayang.

Kitorang bertolak dari Suva kul 3 pagi. Giler masing2 excited. Tapi bukan sharp kul 3 pagi pon. Aku yg lambat sikit. Hehehehe. Mengantuklah... Malam sebelumnya ada candle light dinner dengan Reen. Reen makan tak abis. Wakakaka. Next time Sayang belanja B plak lah . Lps tu tido lambat tapi nak bangun awal. Mana boleh! Ini tak adil! Mengantuk yang amat laaahhh. Kat sini aku manja sket. Kalau bosan2 jer terus tido. Lalalala~

Bile dah sampai Nadi kami terus ke Port Denarau nak check pakej ke Pulau. Dan cuaca di Nadi hari tu memang cun tapi panas!! takpelah asalkan cuaca cantik. Tpi kesian plak kat ibu mengandung a.k.a Reen. Disebabkan kitorang sampai awal sangat sampai boleh tolong panaskan enjin kapal kat Port Denarau dan kaunter pon tak bukak lagi kitorang patah balik ke town Nadi utk cari hotel. Lepas check-in hotel kitorang pegi ke Denarau balik. Ramai gak mat saleh2+japanese+korean nak pegi pulau hari tu. Kitorang target nak ke Mana Island hari tu. Mana Island nih pulau paling jauh dari Port Denarau. Kitorang amik pakej Full Day. So habiskan sehari suntuk kat Mana Island. Perjalanan dari Port Denarau ke Mana Island mengambil masa lebih kurang 1 jam gak lar. Maybe lebih kot sebab aku tak tengok jam langsung. Bot banyak stop ke pulau2 lain sebelum last stop di Mana Island. Pulau2 lain pon hebat2 gak. Comey2 je aku tengok. Alhamdulillah Reen tak mabuk laut masa tu.

Bila dah sampai Mana Island rasa macam best jer. 1st time jugak lah aku tengok laut clear giler. Kat Port Dickson laut dah tak suci dah . Aku pon dah lama gila tak mandi laut. Pegi ke pulau semata2 nak amik gmbar jer. Next time nak mandi lah. Tapi memang Mana Island ni cantik giler. Aku tau lah pulau2 kat Malaysia tu cantik2 jugak. Tapi itu kat Malaysia. Janganlah dengki and cakap mcm tu sebab tak dapat datang Fiji (maafkan saya sekiranya saya emo sedikit). Pagi tu kitorang naik submarine. Tengok ikan dalam laut. Nak snorkeling / diving tak bawak pakaian salin lak. Next time nak diving / snorkeling pastu amik gmbar dlm laut. Tapi bila tah nak datang. Pakej naik submarine nih dlm 22.50Fiji Dollar seorang. Terima kasih kepada En. Samad kita for sponsored the ticket (tapi dah bayar balik kan). Takjub jugaklah dapat tengok hidupan dalam laut. Ikan lawa2 tapi terumbu karang kat Mana Island kebanyakkannya dah mati (sekali lagi saya minta jasa baik pembaca agar tidak membandingkan Mana Island dengan pulau2 di Malaysia. Kamu amat tipikal!). Tapi pada aku pemandangan dalam laut di Mana Island tetap cantik. Aku amat jakun sebab kat Malaysia tak penah dapat experience mcm ni pon. Aquaria KLCC tu pon aku tak penah pegi. Entry mahal nak mampos! (semua benda kat Malaysia mahal skang kan? Kentut je free.)

p/s: Ade keje sket. Nanti aku sambung cerita lagi. Masa nih lah nak hantar surat lar. Telefon lah. Fax lah.Cait!

SAMBUNG CERITA BALIK

Lepas kitorang naik submarine tu kitorang pegi lunch plak. Lupa nak bagitau pakej yang kitorang amik include with lunch di pulau skali. Lunch biasa jer. Lapar pnye pasal aku bedal scramble egg tak ingat dunia. Takde nasi. Aku ni mane boleh kalau tak makan nasi 1 hari. Hehehehe. Lps lunch masing2 dah lali. Mata kuyu jer. Tambah kena tiup angin lagi masa tu. Memang layannn...

Samad mandi laut tghari tu dgn Faris & Nabilah. Tak reti panas ke Samad? Aku dengan Reen pegi carik port nak tido. Hehehe. Mengantuk giler sampai tak boleh pikir ape dah. En. Fairus lak gi amik gambar dengan lense panjang baru dia (skodeng mat saleh sebenarnyer). Lepas dapat lelap sekejap kitorang balik ke Port Denarau balik. Masa on the way balik ke Port Denarau nampak cuaca macam nak hujan jer di Nadi. Aku risau kamera basah plak sebab tak bwk payung. On the way balik tu cruise singgah di setiap pulau untuk amik penumpang2 di pulau2 yang lain. Aku, Samad & En. Fairus layan angin laut kat atas kapal. Kitorang sampai di Port Denarau dalam dekat2 pukul 7. Terus dinner sebab aku mmg lapar nasi sangat2 . Kitorang dinner kat Indigo, Indian & Asian Cuisine Restaurant. Memang best giler makan kat situ. Lepas dinner kitorang balik hotel. Badan dah penat sangat2. Macam aku cerita mula2 tadi. Kitorang tido lambat tapi bangun awal. Sebelum tido aku ngan Samad & En. Fairus layan Olimpik Beijing 2008 kat hotel restaurant sambil pekena kopi. Konon2 nak tido lewat tapi tak boleh blah gak. Aku balik bilik tengok Reen dah tido. Aku mandi and join Reen sekali lepas tu. Hihihihi.


Ahad / Besoknyer
Besoknyer kitorang breakfast kat hotel and mandi kolam. En. Samad kita turut serta mandi kolam seperti kanak2 riang tapi rambut dia tak basah langsung. Jangan tanya kenapa . Sensitif tuh! Dalam masa yang sama Reen tunjukkan skill berenang dia. Aku sangat jeles tapi malas nak layan. Kolam bkn dalam pon. 1.2 meter jer. Kecoh je nak berenang2 nih. Menyelam lagi best. Wakakaka! Dah puas mandi kolam kitorang check-out and pusing2 kt Denarau. Singgah and tengok2 hotel mahal2 kat Denarau. Nak tido tak mampu bang! kalau 1 malam = 600 Fiji Dollar ape jadahnyer. Baik belanja Azli makan seminggu. Tak gitu Lee? . Kitorang lunch kat Fiji Beach Resort & Spa. Resort nih manage by Hilton. Amacam? Belagak tak kitorang lunch kat tempat mahal? Hahahaha! . Kat sini ade mee goreng, kue tiau goreng, nasi goreng, laksa. Masing2 macam menang loteri bila nampak menu2 seperti yang disebutkan tadi. Hehehehe.

Lepas lunch kami balik ke Suva. Masuk Suva jer kepala kusut balik. Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa di fotopages aku nih. Nanti aku update cerita lain plak ok?

p/s: Hibiscus, Mother of All Festival in Fiji dah start. Memekak je tiap2 malam . Cian Reen tak boleh tido.

Kamal



ler...gmbr anak gua ada..gmbr gua nmpk kaki je...adoi...tutup sket bulu kaki tu.. Fri 15-Aug-2008 05:43
Posted by:Sam
Add comment


Monday, 11-Aug-2008 03:41 Email | Share | | Bookmark
trip to Mana Island





Weekend baru2 ni kitorang pegi bercuti ke Mana Island. Ini baru sikit je dulu. Bagi panas line bak kata Mat Rempit . Korang buat apa weekend itu hari? Kalau berani cerita lar sikit. Ape2 pon korang tengoklah gambar ala kadar nih sampai lebam dulu. Nanti bila aku rajin aku update gambar lagi. Gambar tadak edit punyer. Ori from kamera buruk aku.




Kepada peminat2 Reen di luar sana. Reen semakin sibuk dengan aktiviti makan, tido, makan, tido di sini. Ibu mengandung, biasalah kan nak buat apa lagi. Masa2 ni lah nak kena banyak-banyak berehat. Disamping itu Reen juga adalah pengunjung setia TV3 Online. Baby Alhamdulillah sihat. Minggu nih Kamal bawak Reen pegi scan+appointment ngan doktor sekali lagi. Dun worry k

Kamal



tgk gmbr pulau tu aku rasa iri. dem. i seriously needs a vacation! Mon 11-Aug-2008 06:05
Posted by:hidddududadadodo
yeahhh!! holiday cool...
work sakkk!!!
berkhidmatlah ko utk negara
Mon 11-Aug-2008 07:04
Posted by:Kamal  - [Link]
Add comment


Thursday, 24-Jul-2008 23:02 Email | Share | | Bookmark
Reen in Fiji







a quick update to everyone,
Reen safely arrived Fiji on Sunday, 20 July 2008
I received her at Nadi International Airport, Fiji.
Alhamdulillah Reen xde ape2 masalah masa nak datang sini...
tak macam aku mula2 datang Fiji
and I would also want to inform that she's PREGNANT!!
Alhamdulillah...
nak masuk 4 bulan dah...
jeng jeng jeng....
ok.. that's all for now...
any question will not be answer anymore...
penatlah nak jawab korang tanya mcm polis
so, petang semalam lepas balik kerja bwk ibu mengandung pegi jalan2 kat Seawall...
susah sungguh nak ajak Reen keluar...
kena beli Honda Jazz nih...
she still tired and sleepy everytime...
dia cakap kat sini sejuk tapi takyah pakai winter cloth...
kepada Abah, Mama, Ayah, Mak, Kak Nora dan semua sekali... Kamal ucapkan terima kasih sbb hantar Reen kat airport dan bagi dia datang sini... tq tq tq...
and very special thanks to Sarina & Tri-D juga cos bagi Reen datang Fiji...
I really appreciate it...
and Ayah... terima kasih belikan ikan bilis tu...

Kamal



eksasais lah sikit... Tue 5-Aug-2008 04:20
Posted by:Kamal  - [Link]
amboi2, dlm pada 'tak biasa lagi tidor ber2' tu ada juga hasil nyer ek! baguslah, musim sejuk ni memang best yg amat tidur berselimut 'tebal'... hehheheehe (itulah pengalaman kami). nyway tahniah23456 Thu 7-Aug-2008 12:28
Posted by:suzi
hahaha
Kak Suzi igt lagi yer...
shhhh...
fotopages nih rated "G"
Thu 7-Aug-2008 20:34
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 09:34 Email | Share | | Bookmark
Uprising









gambar nih dah lama dalam kamera tapi baru sekarang rajin nak usik. dah lama jugak tak amik gambar. cuaca tak menentu kat Suva skang. kat sini musim winter kot. tapi takde salji la. hujan pon tak berapa. cuma windy and cloudy jer. hari-hari sejuk. bila malam aku tak pasang kipas langsung. kat ofis lak aircond sejuk nak mampos sampai kebas tangan. nak menaip kat keyboard pon susah. as far as I can remember tahun lepas takde lak macam ni. diam tak diam aku dah nak 2 tahun kat Fiji. bulan 10 nih genap lah 2 tahun. a few years to go Kamal!

picture above was taken during the "3 guys bored on weekend as always" trip to Uprising. sini salah satu resort baru kat fiji. tapi tak tau lah bila bukak nyer . resort nih kat pacific harbor. just 3-45 minutes drive from Suva. best jugak lepak kat sini. ade jetski, banana boat, horse riding, pool game, swimming pool, snorkeling, massage and lots more! gambar tak banyak sebab hari tu macam nak hujan. kitorang bertolak dari suva after lunch and lepak sampai malam. lepas tu balik rumahlah apa lagi.

and, Reen will come to Fiji on 20th of July. hip hip hooray!!

Kamal

hoho..cantik gile gamba..uhuk..ape ni nmpk kekok men pool Thu 17-Jul-2008 02:51
Posted by:kReL
huhu..Bosannya Fiji.. aku paham perasaan ko.. hahahaha... Thu 24-Jul-2008 04:30
Posted by:Adinang  - [Link]
cait! kureng! Thu 24-Jul-2008 21:04
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 27-Jun-2008 05:58 Email | Share | | Bookmark
weekend



mmmm...
esok cuti...
2 hari lak tuh...
selalunyer mmg aku mati kutu x tau nak pegi mana...
tapi pelik gak sbb kepala otak nih asyik pk nak berjalan jer...
kenapalah x digunakan cuti ni utk berehat kan?
nak masak gas lak dah habis...
igt nak pegi shoping sket lah...
dah lama x beli baju ofis...
rasa2 mcm nak tukar imej...
hahhahaa!
gambar kat atas nih view dari bilik Samad...
mmg cantik pemandangan dari bilik Samad...
aku punye bilik takde tingkap...
terperap...
kuli biasalah...
but Samad, u sure gonna miss this view 1 day...
x tau lah kalau next office dpt view dekat ngn kolam renang lak...
mat saleh bersidai jer...
(Samad dah nak blah ke? jeng jeng jeng.... )
ok lah... nak balik... tgk wyg citer Angelina Jolie...
thanks for reading...
ohhhh... I miss KL so much...
I miss you like crazy Sayang...


have a nice weekend,

KAMAL

Kamal ok jer duk sini
tapi dugaan makin kuat la
Reen gonna stay kak Suzi...
nnti jemput dtg umah
Sat 12-Jul-2008 11:25
Posted by:Kamal  - [Link]
memang akan ade org yg akan rindu kat BILIK tu nanti, Bukan Bilik tu aje..SUVA terutamanye,, heheh, Mari kita tgk,, Fri 25-Jul-2008 10:41
Posted by:fairus Malaysia VS FIJI mohd_fairus@leblanc.com.my
lorrr...
kat sini En. Fairus komen...
puas saya cari new comment...
org dah nak pegi kita jgn halang En. Fairus...
Sun 27-Jul-2008 20:28
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Thursday, 19-Jun-2008 10:51 Email | Share | | Bookmark
Nadi lagi... Part 2
















SAMBUNGAN...

Keesokan harinya kami bangun awal (tapi tido balik) sebab cuaca cantik sangat. We have our breakfast at the hotel (complimentary maaa.. must utilise hotel hospitality) and after that lepak tepi pantai buat sunbath ala2 mat saleh. Lebih kepada cuci mata sebenarnyer. Hehehehe . Lepas dah boring lepak dan tak tau nak kemana lagi di Nadi dan asyik tanya "Ape projek?", kitorang decide check-out hotel dan balik ke Suva. Tapi kali ni kitorang balik ikut jalan belakang.

Dalam perjalanan balik tu kami singgah sekejap di "Garden of the Sleeping Giant". Nih 1st time aku datang kat sini. Pemandangan di kiri kanan masa nak masuk ke taman nih punyalah cantik ya amat. Jakun aku dibuatnya. Taman nih macam nursery atau ala2 hutan rekreasi kita kat Malaysia tu. Cantik tempat nih. Tapi kecik jer. Banyak pokok2 bungan yg cun2 ditanam kat sini. Aku tak tau berapa entrance fee tapi lepas pusing2 derang sediakan air jus yg sedap. Kitorang pusing2 kejap kat sini. Kalau tempat nih sejuk macam Cameron Highland mesti best. Nothing can compare to Malaysia ehh? Tapi kat Malaysia ade korang berjalan? Ade cuti-cuti Malaysia? Ade? Mesti takde kan. Semua nak berangan nak berjalan kat Europe je. Cait!

Lepas pusing2 kat taman bunga nih kitorang bertolak balik ke Lautoka. Lautoka is another town/district in Fiji. Besar rupanya town dia. Lagi cantik dari town Nadi and Suva. 1st time gak aku dtg ke Lautoka. Takde org kat town sebab hari Ahad hampir semua org pegi church kat Fiji nih. Lepas lunch kitorang jalan ke atas lagi. Aku byk cuci mata dari dlm kereta je.Lagipon Samad bwk keta laju. 1st time sampai area2 North Fiji nih. Mmg cantik gile lah. Pemandangan dia sejuk mata memandang. Lagi skali aku pegi, confirm aku berenti amik gambar. Kamera aku lak habis bateri time tuh . Next time lah yer. Aku pon dah niat sebelum balik Msia nak pusing pulau Vitilevu nih skali lagi.

Dats all for now.

HAPPY BIRTHDAY TO MY ABAH.



Kamal

buat la awan love-love Mon 23-Jun-2008 00:48
Posted by:hidddududadadodo
Nikmatilah keindahan alam.....nanti dah sampai Eropah, lain cite pulak.... Tue 24-Jun-2008 10:51
Posted by:cek de sam  - [Link]
Eropah??
dgr citer kt Msia skang yer...
Tue 24-Jun-2008 12:04
Posted by:Kamal khairulkml@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 16-Jun-2008 03:44 Email | Share | | Bookmark
Nadi lagi...



















Long weekend membuatkan aku, Samad dan En. Fairus leh jadi gila kalau duk kat Suva jer. Dengan berbekalkan semangat yg jitu serta membuak2, kitorang blah ke Nadi kul 5 pagi (Samad yg excited). Aku yg dalam mamai2 sambil carik kamera 1 rumah (time2 nak bertolak lah ko nak hilang kan kamera!) terhegeh2 packing pagi tu . Lagipon dah biasa dengan "Fiji time". Watpe kuar awal2 kan? Hehehehe. Dalam perjalanan ke Nadi ade lar aku amik gambar sikit2 lepas tu aku tido. Pening siot duk duk belakang. Bangun jer dah sampai Nadi. Ngeh ngeh ngeh . Kitorang sampai Nadi dalam kul 8.30 pagi. Cepat jugak sampai. Munhkin masa aku tido Samad bwk keta mcm F1. Kami terus ke Denarau tgk2 feri nak ke pulau. Target dtg Nadi kali ni mmg kena pegi pulau. Nak survey ape2 yg patut sbb Maam2 akan sampai next month. Plus aku still x puas berhoneymoon . Unfortunately kitorang tak dapat naik feri pusing2 pulau pagi tu. So, kitorang amik feri tghari. After check-in hotel kitorang pegi breakfast kt town. Lps setel urusan kat town kitorang ke Port Denarau balik. Tggu feri sambil cuci mata sbb mat saleh ramai. Barulah rasa mcm gi oversea. Ini hari2 tgk muka sama jer.

Masa kat Port Denarau aku tgk cuaca semacam jer. Mendung jer. Aku punya mood time tu pon dah lain. Tension lak sbb xdpt nk tgkp gambar langit biru. Masa dlm perjalanan ke pulau pon cuaca x bagus. Hujannnnn. Dah la dalam feri xde tv. Dpt amik gmbar sekeping dua jer. Aku janji next time aku pegi, aku upload gambar pulau kecik2 kt sini. Comel jer pulau derang. Balik dri pusing2 pulau cuaca masih hujan di Nadi. Tapi aku tak kisah sbb gambar kat Denarau dah byk dah. Kitorang balik hotel and lepak2 kat hotel jer. Cuci mata sbb ramai mat saleh. Besttt... Muda2 lak tuh . Petang tu Samad ngan En. Fairus mandi laut. Tapi mandi tak sampai 5 minit dah naik. Kemudian kitorang main takraw. Dah lama aku tak main takraw. Sejak masuk poli terus berhenti main. Tapi skill masih ada lagi .

Malam tu kitorang kuar dinner sbb ade org sudah rindu sgt2 . Lepas dinner kitorang balik ke hotel and lepak tgk game rugby sambil cuci mata lagi. Disebabkan malam masih muda, kitorang pegi Denarau plak tgk live band. Ade sorang makcik nih nyanyi best giler!! Suara dia lagi sedap dari original singer. We quiet enjoy with 'free show' oleh makcik2 Fiji yg menari sambil mabuk smbil dgr live band. Pastu balik tido. Esoknyer kitorang balik ke Suva sambil pusing pulau Vitilevu nih.

Owh, lupa aku nak bgitau. Samad ngan En. Fairus pakai kasut sama sepanjang dua hari kitorang cuti. Lawak tul!!




Finish day 1 story,
Kamal

hid : kacang jer.. aku ajar meh tpi byr la
fique : thanks for coming here. malu lah otai dtg sini
Tue 17-Jun-2008 07:16
Posted by:Kamal  - [Link]
bestnye jalan2 jalan, gamba pun best2 Wed 18-Jun-2008 23:17
Posted by:hpp  - [Link]
jom lar join Piz... Thu 19-Jun-2008 02:01
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 20-May-2008 09:31 Email | Share | | Bookmark
Sigatoka









On the way back from Nadi, we stop by at Sigatoka. Another beautiful place in Fiji. Memang potong kuku pnye cantiklah tempat nih. Cos I like sea and beach. Kat sini ade pantai gak. Laut dia lagi cantik. Nampak biru ngan hijau jer. Kitorang nampak pelangi 2x kat sini. 1 masa pergi 1 lagi masa balik. Mmg cun lah. Kat Sigatoka jugak ade tempat penginapan & hotel yang mmg best. Saya tgk best lah. Tak penah stay lagi kt situ. Hehehehe. Tapi Sigatoka nih tempat dia tul2 privacy. Maybe cos saya datang hari Ahad kot. Semua orang pergi church. Kalau hari biasa tak tau lah mcm mana suasananya. This is my 2nd time come to Sigatoka. Tgk, dah setahun lebih duduk Fiji baru 2x pegi Sigatoka. Hahaha. Nampak sgt aku tak berjalan. Nak wat camner. Couple takde. Dulu duit takde. Skang nih boleh lah kalau nak enjoy2 kt Fiji. Sronoklah org mission yg dtg Fiji lepas ni. Ini mmg betul2 ckp punya. Bukan cubaan . Sapa suka laut and quiet boleh lah dtg Fiji. Mmg aman damai lah kepala otak korang duduk sini. And a lot of people who has left Fiji, is missing Fiji. Saya yang balik Msia sebulan je pon dah rindu kat Fiji. Especially waktu malam sbb sunyi jer. Tido mmg best.

Ok dah habis gambar trip ke Nadi. Minggu nih pegi mancing plak. Wahai cuaca. Tlglah jgn hujan.

Kamal

rindu yerrr... nnti Kamal upload gambar abe samad jerr... hehehehe Mon 2-Jun-2008 03:33
Posted by:Kamal  - [Link]
woi Thu 26-Jun-2008 01:17
Posted by:leedakPNG axis_83@yahoo.com
hai Lee... Thu 26-Jun-2008 04:11
Posted by:Kamal  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 19-May-2008 10:40 Email | Share | | Bookmark
Hard Rock Cafe Fiji


En. Fairus (bertopi) dan saya (yg pakai topi juge, yg hensem tu) bersama staff Hard Rock. Ni Samad yg suh posing.


Aku kat Hard Rock Lee!! hahahaha!











OK sambung balik dengan entry sebelom nih. Tapi ini khas utk gambar2 di Hard Rock Cafe sajorkkk. Sememangnya saya macam jakun sedikit sebab tak pernah pegi Hard Rock . Sampai buat 1 entry khas untuk Hard Rock jer ni ha. Yang kat KL tu pon saya tak pernah masuk lagi. Tak macam Chesue & Pijot. Derang ratu rock Wisma. Lalalala~! Kitorang bertiga pegi tempat nih 2 kali. Sekali masa malam kitorang sampai di Nadi dan sekali lagi pada esoknya (Ahad) sebelum balik ke Suva. Happeninglah jugak tempat ni. Sapa cakap Fiji tak best? Ape nak lagi? Tu pon bising2 nak keluar dari Fiji (sambil jeling kiri kanan ).

Ape2pon banyak lagi tempat menarik di Nadi yg kitorang tak sempat pegi. Memang x puas jalan sebenarnyer. Ini baru Nadi ni. Belum gi New Zealand . After dis kena stay kat hotel dekat dgn lautlah sebab cuaca di Nadi tak macam Suva. Pemandangan mesti cantik. Plus di Suva takde pantai. And kalau nak jalan2 lagi sekali, kena banyak jalan kaki dari naik kereta. Lagi banyak boleh amik gambar. Tapi penat lah. Hehehehe. Next time plan baik2 haaaa. Kasi terus confirm punya. Set??

Enjoy the gambarlah k. Malas nak taip panjang2. Nak tengok movie plak.

Kamal

jeles giler! p sana tempoh hari tak dapat ke hard rock!!! hehehe! nice pics bro!!! Fri 6-Jun-2008 02:49
Posted by:HAH ah_hazlan@yahoo.com
sape suh balik awallll... Fri 6-Jun-2008 22:07
Posted by:Kamal  - [Link]
eh eh...ada nama che sue ghupenyer sini..hahhaa..maluu che sue...kekekek *dush!*
baju hrc fiji komot kasi tu kann...dah sempit ar...baju tu ngecut kot..(wat2 pandang siling)
Thu 23-Oct-2008 09:32
Posted by:che sue suekln79@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.